Sumbangan tersebut dikumpulkan melalui inisiatif Jaringan Untuk Kebajikan yang dicadangkan oleh salah seorang pemain, Reyess Shaqeel Emir Ghanalingam

 

Bagi setiap gol yang dijaringkan oleh pasukan ATBTR 10 , derma dikumpulkan daripada mereka yang memberi ikrar untuk program tersebut.

Dana yang terkumpul seterusnya disalurkan kepada tabung pembiayaan pembedahan Mohamad Yasin yang akan berusia tiga tahun pada 24 Julai ini.

Mohamad Yasin memerlukan dana sebanyak RM11,500 untuk menampung kos pembedahan keduanya dan orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB Bank Yayasan Chow Kit yang bernombor 8001143136. - UTUSAN ONLINE