Menurut kenyataan Akademi Silambam Malaysia (ASM) di sini, kejohanan tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dan Stadium Gem In Mall, Cyberjaya.

Tambah kenyataan itu, semua peserta yang berjaya memecahkan rekod akan menerima sijil penyertaan Guinness World Record dan kemeja-T sebagai tanda penghargaan bagi menyertai program tersebut.

“Pelbagai acara yang bakal berlangsung sempena program itu. Bagi mereka yang ingin menyertai acara terbabit terdapat beberapa syarat dikenakan.

“Antaranya, peserta mesti warganegara Malaysia, berumur 16 tahun keatas dan perlu menyertai sesi latihan kendalian pakar Silambam. Bagi menampung kos pengurusan acara, yuran minima akan dikenakan kepada setiap peserta,” katanya di sini.

Tambah kenyataan itu, program tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim antara masyarakat dari pelbagai kaum.

Mereka yang berminat menyertai program itu boleh menghubungi di talian 03-80816440 atau 016-2223109 atau 010-2876440 sebelum 13 September ini. - UTUSAN ONLINE