Namun hari ini, keceriaan terpancar di wajah mereka apabila diraikan 400 sukarelawan kakitangan Kumpulan Maybank dalam satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dikenali Cahaya Kasih.

Program yang dijalankan serentak di seluruh dunia itu mewakili setiap zon cawangan Maybank termasuk di luar negara.

Aktiviti pertama dimulakan dengan acara senam robik yang dihadiri Pengurus Projek CSR, Shannen Cheah Shwa Huey mewakili Zon Bangsar dan ketua projek komuniti, Kamaruzaman Hashim.

Menurut Shannen, program itu mengumpulkan kakitangan terdiri daripada 18 cawangan perbankan Maybank Zon Bangsar termasuk Perbankan Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME Banking).

“Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan mewarna, bercerita dan sesi menggunting rambut percuma kepada penghuni lelaki,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Dalam pada itu Pengetua RTK, Wan Sharifah Adlan berkata, pihaknya menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kumpulan Maybank kerana sudi meraikan projek CSR itu disamping menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan harian bagi kegunaan penghuni rumah tersebut. - UTUSAN ONLINE