Dalam kejadian bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu, seorang pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan dikatakan diserang histeria sebelum keadaan mula menjadi kecoh dan mengganggu sesi pembelajaran.

Pegawai Pendidikan daerah, Mohd. Razali Mustafar berkata, kejadian kira-kira dua jam itu menyebabkan sesi persekolahan ditamatkan namun semua pelajar direhatkan selama dua hari sehingga Jumaat ini.

“Kita beri cuti awal bagi mengelakkan kejadian itu merebak dengan membabitkan lebih ramai mangsa.

“Sesi persekolahan akan disambung semula selepas cuti sambutan Aidiladha dan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung juga ditangguhkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE