TEHERAN: Iran mengesahkan pada hari Jumaat bahawa sekurang-kurangnya 20 orang telah terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat dan Israel di bandar Shiraz di selatan negara ini.
AFP bagaimanaoun tidak dapat mengesahkan jumlah korban secara bebas.
“Dua puluh rakyat yang tidak bersalah telah syahid dan 30 yang lain telah cedera dalam serangan pengganas ini,” kata Jalil Hasani, timbalan gabenor wilayah Fars, lapor agensi berita rasmi IRNA.
Beliau berkata serangan itu berlaku di “kawasan perumahan di bandar Zibashahr di Shiraz.” – AFP










