DOHA: Dua dron Iran menyerang kemudahan tenaga di Qatar, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan, kata Kementerian Pertahanan Qatar.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, satu dron menyasarkan tangki air di sebuah loji janakuasa di Mesaieed, dan satu lagi mengenai kemudahan tenaga di Bandar Perindustrian Ras Laffan, sebuah hab tenaga milik QatarEnergy.
Kementerian itu menambah bahawa pihak berkuasa berkaitan sedang menilai kerosakan dan kerugian akibat serangan itu.
QatarEnergy berkata dalam satu kenyataan bahawa ia telah menghentikan pengeluaran LNG ekoran serangan Iran itu.
Pada hari Sabtu, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ketenteraan terhadap Iran, mendorong Iran untuk melakukan serangan balas ke atas beberapa negara serantau, termasuk Qatar. – XINHUA










