UPTM terima Anugerah BestBrands The BrandLaureate

UPTM terima Anugerah BestBrands The BrandLaureate

uptm
Ketua Pegawai Eksekutif Kolej PolyTech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB),  Radzuan Razali, bersama Naib Canselor UPTM, Prof. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh menunjukkan Anjugerah BestBrands Awards The BrandLaureate yang diterima Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi apabila diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi The BrandLaureate BestBrands Awards 2026, dalam kategori ‘Excellence in Professional & Skills – Focused Higher Education’. 

Pengiktirafan berprestij ini diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kolej PolyTech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB),  Radzuan Razali, bersama Naib Canselor UPTM, Prof. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh.

Ia adalah simbol kepimpinan strategik dan dedikasi universiti dalam memacu kecemerlangan pendidikan profesional dan kemahiran, sejajar dengan keperluan industri serta agenda pembangunan modal insan negara.

Mengiktiraf jenama yang memimpin dalam strategi, inovasi dan impak industri, The BrandLaureate BestBrands Awards turut menilai kepimpinan, kredibiliti dan sumbangan berterusan organisasi kepada komuniti dan sektor industri. 

uptm

Dr. Sharifah Syahirah berkata, pengiktirafan tersebut membuktikan komitmen berterusan UPTM dalam menawarkan pendidikan yang relevan, inklusif dan berorientasikan masa hadapan. 

“Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan jenama, tetapi pengesahan terhadap pendekatan UPTM yang menekankan penguasaan kemahiran profesional, pembelajaran berasaskan industri dan pembangunan graduan yang bukan sahaja kompeten, tetapi bersedia menghadapi realiti dunia pekerjaan,” tambah beliau.

Katanya, UPTM kekal komited memperkasa pendidikan berfokus kemahiran melalui kerjasama strategik industri, kurikulum responsif, serta pendekatan pembelajaran yang menyeimbangkan ilmu akademik, kemahiran teknikal dan nilai manusiawi.

Melalui tema “Your Brand, Your Award, Celebrating, Championing, Commemorating the Best of Your Brand,” pengiktirafan The BrandLaureate 2026 menzahirkan penghormatan kepada institusi dan pemimpin yang membina jenama dengan kejelasan visi, ketahanan serta keyakinan jangka panjang. 

Pencapaian ini mengukuhkan peranan UPTM sebagai antara peneraju pendidikan tinggi berfokus profesional dan kemahiran di Malaysia, selari dengan aspirasi nasional untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN