Hospital Sultan Ismail cari waris mangsa kemalangan

Hospital Sultan Ismail cari waris mangsa kemalangan

hospital
Hospital Sultan Ismail Johor Bahru mencari waris kepada pesakit ini yang terlibat dalam kemalangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pihak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB) sedang berusaha mengesan waris kepada seorang mangsa kemalangan yang tidak sedarkan diri.

Pesakit merupakan seorang penunggang basikal yang telah dilanggar oleh sebuah kereta. Keadaan pesakit masih koma dan memerlukan perhatian rapi.

Tidak ada sebarang pengenalan diri pada mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tanjung Puteri 1, Tanjung Puteri Golf & Resort, Pasir Gudang (laluan Jalan Tanjung Langsat menghala ke Pasir Gudang).

Mangsa kini dirawat di Wad 06A HSIJB.

Sehubungan itu, pihak hospital memohon kerjasama saudaramara atau manamana individu yang mengenali pesakit atau warisnya untuk tampil memberikan maklumat dengan menghubungi Puan Noratikah Binti Mohd Seri, Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru di talian 07 3565000 sambungan 2305

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN