KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-15 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, semalam.
Turut berangkat Tunku Dr Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Puteri Johor.
Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar,
Pada istiadat yang bertemakan ‘Graduan Berwawasan Pewaris Kedaulatan’, baginda berkenan mengurniakan penganugerahan kepada 30 graduan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing.
Hadir sama, aib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain dan Pro-Canselor UPNM, Laksamana Tan Sri Dr Mohd Anwar Mohd Nor.










