Jom serbu kolam UPM, hadiah RM10,000 menanti kaki pancing

Jom serbu kolam UPM, hadiah RM10,000 menanti kaki pancing

Noor Mohamad Shakil Hameed (kanan) melepaskan ikan sebagai persediaan untuk pertandingan memancing sempena konvokesyen Universiti Putra Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Bagi kaki joran sekitar Lembah Klang, peluang untuk merebut hadiah keseluruhan RM10,000 masih terbuka  bagi menyertai Jaguh Joran UPM-Utusan 2025, Ahad ini.

Jahguh Joran kembali memeriahkan Kolam 1, Bukit Ekspo, UPM Serdang sempena Pesta Konvokesyen UPM ke-49. Acara gilang-gemilang ini dijangka menarik lebih 500 peserta dari seluruh negara.

Pertandingan akan berlangsung pada Ahad, 30 November 2025, bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Dengan yuran hanya RM40 untuk satu joran (dua mata maksimum), peserta berpeluang merebut hadiah menarik sehingga ranking ke-100, selain peluang menyertai cabutan bertuah yang pastinya menambah keterujaan acara.

Menurut Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat UPM, Noor Mohamad Shakil Hameed, tumpuan kini diberikan kepada sesi pendaftaran peserta, yang dibuka awal pada Sabtu, 29 November 2025, dari pukul 3 petang hingga 7 malam di lokasi pertandingan.

Ini peluang terbaik untuk peserta memilih pot strategik dan mengelakkan kesesakan pada hari kejohanan. Pendaftaran awal ini amat digalakkan bagi memastikan kelancaran acara.

Bagi peserta yang tidak dapat hadir pada hari Sabtu, sesi pendaftaran lewat akan dibuka sekali lagi pada Ahad, seawal pukul 6.30 pagi.

Namun peserta diingatkan agar hadir awal bagi mengelakkan kelewatan kerana pertandingan akan bermula tepat pada waktunya.

Antara keistimewaan pertandingan ini adalah formatnya yang terbuka – semua jenis ikan dipertandingkan tanpa mengira spesies. Ini memberi ruang kepada pelbagai teknik dan strategi memancing, menjadikan persaingan lebih sengit, mencabar dan tidak dapat dijangka.

Dianjurkan bersama oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan akhbar Utusan Malaysia, acara ini bukan sahaja medan mencari juara memancing, malah menjadi platform merapatkan ukhuwah antara komuniti pemancing dari pelbagai latar belakang.

Ia juga menjadi salah satu acara tumpuan sempena Pesta Konvokesyen UPM ke-49, dengan suasana penuh kemeriahan dan semangat kesukanan.

Untuk maklumat lanjut serta pengumuman terkini, peserta boleh melayari laman rasmi penganjur di https://www.facebook.com/jorankl/.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia: Syukur (013-2667011), Jas (012-3554946) atau Ali (012-2846811).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN