Wanita dikurung selama 27 tahun oleh ibu bapa sendiri

Wanita dikurung selama 27 tahun oleh ibu bapa sendiri

MIRELLA dipapah petugas perubatan ketika diselamatkan di rumahnya di Poland. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Seorang wanita berusia 42 tahun di Poland ditemukan amat lemah dan hampir maut selepas didakwa dikurung di dalam bilik selama 27 tahun oleh ibu bapanya yang sebelum ini mendakwa dia hilang ketika remaja.

Mangsa yang dikenali sebagai Mirella, kali terakhir dilihat di khalayak ramai pada tahun 1998 ketika berusia 15 tahun di bandar Świętochłowice, selatan Poland.

Menurut laporan tempatan, ibu bapanya memberitahu jiran anak perempuan mereka telah hilang, namun selepas hampir tiga dekad, wanita itu akhirnya ditemui oleh polis dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya.

Kisah itu terbongkar selepas polis dipanggil ke sebuah pangsapuri pada bulan Julai lalu berikutan laporan gangguan bunyi dari jiran.

Menurut Timbalan Inspektor Anna Hryniak kepada akhbar Fakt, tuan rumah berusia 82 tahun menafikan berlaku sebarang kekecohan. Namun selepas berinteraksi dengan Mirella, polis mendapati terdapat kesan kecederaan pada kakinya lalu memanggil ambulans.

Walaupun penemuan itu berlaku pada musim panas lalu, kes berkenaan hanya dilaporkan baru-baru ini apabila penduduk tempatan melancarkan kutipan derma bagi membantu Mirella.

“Doktor mendapati dia hanya tinggal beberapa hari sebelum maut akibat jangkitan serius. Dia kini dirawat di hospital selama dua bulan kerana keadaannya amat kritikal,” tulis seorang penganjur kempen itu di media sosial.

Katanya, ramai yang mengenali Mirella menyangka dia meninggalkan rumah keluarga hampir 30 tahun lalu namun hakikat sebenar amat mengejutkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN