'Puaslah kau botak' jerit nenek Zayn Rayyan jerit

‘Puaslah kau botak’ jerit nenek Zayn Rayyan

zayn rayyan
ISMANIRA Abdul Manaf, dan Zaim Ikhwan Zahari diiringi ahli keluarga ketika tiba di Kompleks Mahkamah, Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebaik sahaja mahkamah memutuskan hukuman penjara ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, neneknya menjerit ‘puaslah kau, botak’ sebelum beredar.

Jeritan dengan nada marah itu dilaung oleh ibu kepada suami Ismanira, Zaim Ikhwan Zahari sebaik keputusan terhadap menantunya diumumkan hari ini.

Sekali gus ia merubah suasana di Mahkamah Sesyen di sini menjadi kecoh apabila Zaim Ikhwan turut menjerit ke arah pegawai penyiasat kes kematian anak mereka selepas mahkamah memerintahkan isterinya dipenjara serta-merta di Penjara Wanita Kajang.

“Semoga kamu dilaknat!” laungnya dalam keadaan sebak dan marah.

Ini menyebabkan beberapa ahli keluarga terpaksa menenangkannya sebelum membawanya keluar dari kamar mahkamah menuju ke lokasi sidang akhbar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN