Polis Thailand siasat 1,000 pelarian pusat scam Myanmar

Polis Thailand siasat 1,000 pelarian pusat scam Myanmar

ASAP tebal menyelubungi ruang udara selepas beberapa siri letupan di kompleks penipuan utama KK Park di Myawaddy, Myanmar kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAK: Polis Thailand menyiasat dan meneliti lebih 1,000 warga asing yang melarikan diri dari pusat penipuan dan kasino haram di daerah Myawaddy berikutan serbuan oleh tentera Myanmar di KK Park, antara kompleks penipuan terbesar di sempadan.

Foto yang dirakam pada malam Sabtu menunjukkan asap tebal naik dari KK Park di Myawaddy selepas beberapa siri letupan berlaku di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Jeneral Thatchai Pitaneelaboot mempengerusikan mesyuarat bagi menilai situasi di wilayah Tak dan menetapkan garis panduan operasi untuk agensi yang menguruskan kemasukan besar-besaran itu sebelum melawat Pos Pemeriksaan Sempadan Mae Sot 2 bagi meninjau proses saringan terhadap kumpulan pelarian terbaharu itu.

Menurut Thatchai, seramai 1,233 orang, terdiri daripada rakyat Thailand dan warga asing menyeberangi Sungai Moei ke Mae Sot selepas serbuan tentera di KK Park. 

Daripada jumlah itu, 124 orang melalui mekanisme rujukan kebangsaan (NRM) Thailand dan warga India merupakan kumpulan terbesar, dengan kedutaan negara itu dilaporkan menghantar pegawai untuk menyelaras bantuan makanan bagi rakyat mereka.

Namun warga Ethiopia yang turut dikesan mencetus cabaran besar kerana tiada misi diplomatik di Thailand atau negara jiran, menjadikan penyelarasan bagi proses penghantaran pulang sukar dilakukan. 

Pada malam Sabtu, tiga letupan kuat dilaporkan berlaku di KK Park, antara pusat penipuan paling terkenal di Myawaddy yang terletak bertentangan dengan kampung Mae Ku di Mae Sot. 

Asap tebal dan api dilihat marak dari satu bangunan di kawasan yang dikawal oleh Tentera Kebangsaan Karen (KNA) yang sebelum ini dikenali sebagai Pasukan Pengawal Sempadan Karen.

Lapor Bangkok Post, penduduk tempatan melihat dron dengan lampu hijau terbang di atas kompleks tersebut beberapa saat sebelum letupan, diikuti dengan kilatan cahaya dan kepulan asap yang dapat dilihat dari kawasan sempadan Thailand. 

Letupan itu dikatakan serupa dengan kejadian dua hari sebelumnya, walaupun punca sebenar serangan masih belum diketahui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN