OpenAI tawar ChatGPT Go percuma setahun kepada pengguna India

OpenAI tawar ChatGPT Go percuma setahun kepada pengguna India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: OpenAI akan menawarkan langganan ChatGPT Go secara percuma kepada pengguna di India selama setahun bermula 4 November, dalam usaha meningkatkan penggunaan platform itu di pasaran kedua terbesarnya.

Syarikat baharu yang disokong Microsoft itu memaklumkan langkah berkenaan pada Selasa, sebagai sebahagian daripada strategi memperluas capaian pengguna terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pelan ChatGPT Go, yang dilancarkan di India pada Ogos lalu, merupakan pakej paling mampu milik OpenAI dengan harga langganan semasa sebanyak 399 rupee (RM18.70) sebulan.

Langkah itu diumumkan ketika kerajaan India memperkenalkan draf peraturan baharu bagi mengawal selia teknologi AI, termasuk keperluan supaya syarikat AI dan media sosial melabel dengan jelas kandungan yang dijana AI bagi membendung penyebaran deepfake dan maklumat palsu.

India merupakan pasaran kedua terbesar bagi OpenAI dari segi jumlah pengguna selepas Amerika Syarikat, dan mungkin menjadi yang terbesar tidak lama lagi, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sam Altman, awal tahun ini.

Sementara itu, pesaingnya Perplexity turut menawarkan akses percuma selama setahun kepada pelan premium untuk pengguna di India melalui kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Bharti Airtel. 

Google pula memberikan akses percuma kepada Gemini AI Pro bagi pelajar di negara itu untuk tempoh yang sama.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN