Media AS bantah Pentagon sekat laporan berkaitan pertahanan

Media AS bantah Pentagon sekat laporan berkaitan pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Beberapa organisasi media utama Amerika Syarikat (AS) termasuk The Washington Post, The New York Times, CNN, Reuters, NPR, HuffPost dan The Guardian menolak menandatangani polisi baharu Pentagon yang menyekat kebebasan wartawan dalam melaporkan isu berkaitan pertahanan negara.

Polisi yang diperkenalkan oleh Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth bulan lalu itu menyaksikan wartawan perlu berikrar tidak mendapatkan bahan ‘tidak dibenarkan’ serta menghadkan akses mereka ke lokasi tertentu tanpa pengiring rasmi.

Media diberi tempoh sehingga Selasa pukul 5 petang untuk menandatangani ikrar tersebut atau berdepan pembatalan pas media dalam masa 24 jam.

Matt Murray, editor eksekutif The Washington Post, menyifatkan langkah itu sebagai bertentangan dengan Perlembagaan AS yang menjamin kebebasan media.

“Sekatan ini meletakkan kekangan tidak perlu terhadap pengumpulan dan penerbitan maklumat,” katanya.

Akhbar The Atlantic turut menyuarakan bantahan keras, menyatakan polisi baharu itu ‘secara asasnya menyekat liputan wartawan terhadap ketenteraan AS yang menerima hampir AS$1 trilion (RM4.2 trilion) dana pembayar cukai setiap tahun’.

The New York Times pula menegaskan rakyat berhak tahu bagaimana kerajaan dan tentera mereka beroperasi.

Hegseth memuat naik emoji tangan melambai di X sebagai sindiran terhadap media yang menolak perjanjian tersebut. Beliau turut menyiarkan senarai bertajuk “Press Credentialing for Dummies” yang menyatakan media kini perlu memakai lencana dan tidak boleh ‘berkeliaran bebas’.

Reuters menyifatkan polisi itu sebagai penghinaan terhadap prinsip asas kebebasan media, manakala NPR dan HuffPost menyatakan mereka tidak akan tunduk kepada mana-mana syarat yang melemahkan integriti kewartawanan.

Editor HuffPost, Whitney Snyder, menyifatkan langkah itu sebagai cubaan memadamkan pemberitaan sebenar di jabatan kerajaan terbesar negara itu.

Media berhaluan kanan seperti Newsmax juga enggan menandatangani perjanjian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN