KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan di sekitar ibu negara susulan ribut dan hujan lebat, petang ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, mereka menerima beberapa panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut antara pukul 4 hingga 5.30 petang.
Menurut kenyataan itu, pasukan bomba telah dikerahkan ke beberapa lokasi terjejas bagi menjalankan kerja-kerja penyelamatan, pembersihan dan memotong pokok tumbang bagi memastikan keselamatan awam.










