Kesatuan sekerja di Greece bantah idea kerja 13 jam

Kesatuan sekerja di Greece bantah idea kerja 13 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Perkhidmatan pengangkutan dan sektor awam di Greece sekali lagi terganggu pada Selasa apabila kesatuan sekerja melancarkan mogok 24 jam sebagai bantahan terhadap rancangan kerajaan untuk memperkenalkan pilihan hari kerja selama 13 jam.

Tindakan mogok itu menutup perkhidmatan awam dan perbandaran serta melumpuhkan operasi feri serta kereta api, namun penerbangan tidak terjejas.

Pengangkutan awam di Athens turut beroperasi dengan waktu yang terhad.

Beberapa siri protes dijadualkan berlangsung di Athens dan bandar-bandar utama lain sepanjang hari.

Kerajaan berkata, pelaksanaan waktu kerja 13 jam, yang akan dibentangkan untuk undian pada Rabu,adalah secara pilihan.

Namun, parti pembangkang dan kesatuan sekerja berpendapat para pekerja akan terdedah kepada risiko diberhentikan jika menolak untuk bekerja lebih lama.

Satu lagi mogok umum mengenai isu sama diadakan pada 1 Oktober lalu.

“Undang-undang ini mengukuhkan kedudukan pekerja dan memudahkan urusan perniagaan,” kata Menteri Buruh, Niki Kerameus kepada saluran SKAI TV pada Selasa.

Beliau berkata, undang-undang itu turut memperluaskan manfaat untuk ibu bekerja dan membolehkan kakitangan merundingkan pelaksanaan minggu kerja empat hari.

Tempoh kerja sah di Greece ketika ini ialah lapan jam sehari, dengan kemungkinan melakukan kerja lebih masa yang dibayar.

Greece sebelum ini meluluskan minggu kerja enam hari, terutama ketika musim permintaan tinggi dalam sektor-sektor tertentu termasuk pelancongan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN