Kehadiran babi kecohkan tetamu kenduri kahwin

Kehadiran babi kecohkan tetamu kenduri kahwin

babi
Tengkap layar seekor babi yang tiba-tiba muncul pada majlis kenduri kahwin di Tampin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Kenduri kahwin di sebuah kampung di daerah ini kecoh apabila seekor babi muncul secara tiba-tiba dengan meluru di celah-celah tetamu.

Berdasarkan kepada video viral sekitar satu minit lebih, haiwan itu dipercayai muncul ketika para tetamu sedang menunggu ketibaan pengantin.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok @Eynaminal turut menunjukkan seorang lelaki dengan anak yang didukung nyaris kena sondol.

Dalam suasana panik tersebut, haiwan berkenaan meloloskan diri dipercayai ke arah belukar berhampiran.

Bagaimanapun tidak ada yang cedera dalam kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN