Kedai konik Quadrant ditutup selepas 144 tahun 

Kedai konik Quadrant ditutup selepas 144 tahun 

RANGKAIAN kedai serbaneka Quadrant menjadi antara mercu tanda ikonik selama 144 tahun beroperasi di bandar Essex, London.-AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rangkaian kedai serbaneka Quadrant yang dulunya menjadi antara mercu tanda ikonik di bandar Essex akhirnya menutup dua cawangan terakhirnya di Chelmsford dan Braintree, sekaligus menamatkan operasi selama 144 tahun.

Menurut laporan tempatan, kedua-dua kedai itu sebelum ini mengadakan jualan besar-besaran dengan potongan harga menarik bagi barangan perabot, pakaian dan elektronik sebagai persediaan sebelum penutupan.

Dalam satu kenyataan penghargaan, Quadrant mengucapkan terima kasih kepada kakitangan dan pelanggan atas sokongan berterusan yang diterima selama lebih satu abad beroperasi.

Pemilik rangkaian berkenaan, Chelmsford Star Co-operative Society (Co-op) menjelaskan, perniagaan kedai serbaneka itu mengalami kerugian besar selama beberapa tahun, yang semakin parah akibat peralihan pengguna kepada pembelian dalam talian, terutama selepas pandemik Covid-19.

Penutupan tersebut diputuskan selepas ahli-ahli koperasi tempatan sebulat suara bersetuju menamatkan operasi pada Mei lalu.

Cawangan Chelmsford yang dibuka pada 1881 merupakan lokasi pertama Quadrant, diikuti Braintree pada 1991, menjadikannya antara nama paling lama bertahan dalam dunia runcit tempatan.

Namun, selepas bergabung dengan Central Co-op pada 15 September lalu, keputusan untuk menutup kedua-duanya dilaksanakan bagi mengurangkan kerugian.

Pihak pengurusan turut bekerjasama dengan Kesatuan Pekerja Runcit (USDAW) bagi membantu 51 pekerja yang terjejas akibat penutupan itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN