Indonesia keluar amaran bahaya mikroplastik dalam air hujan

Indonesia keluar amaran bahaya mikroplastik dalam air hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap pendedahan mikroplastik yang dikesan dalam air hujan di wilayah Jakarta.

Beliau menjelaskan partikel mikroplastik yang terhidu atau memasuki tubuh manusia boleh kekal lama dan berpotensi memberi kesan terhadap kesihatan.

“Jadi memang mikroplastik ini kalau sudah masuk ke dalam tubuh akan bertahan lama. Nasihat saya kepada masyarakat, kalau boleh, cara paling selamat untuk melindungi diri ialah dengan memakai pelitup muka apabila berada di luar,” kata Budi di Jakarta.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya mengelakkan aktiviti luar rumah sejurus selepas hujan.

Budi menegaskan langkah pencegahan terbaik terhadap pendedahan mikroplastik perlu bermula dari sumbernya.

Katanya, usaha bersepadu antara pelbagai pihak amat penting, termasuk peranan kerajaan tempatan dalam mengurangkan pencemaran plastik di persekitaran.

“Pencegahan yang paling berkesan ialah di peringkat awal. Maksudnya, kita perlu mengurangkan sumber pencemaran mikroplastik dan dalam hal ini peranan Kerajaan Wilayah DKI Jakarta amat penting,” ujarnya.

Sementara itu, Gabenor DKI Jakarta, Pramono Anun, memaklumkan penyelidik dari Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN) bersama Dinas Lingkungan Hidup Jakarta sudah membentangkan pelan berkaitan isu tersebut.

“Seperti yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan, kami akan segera merealisasikan langkah-langkah berkaitan pengurusan sisa plastik, termasuk projek Loji Tenaga Sisa (PLTSa) dan sebagainya,” kata Pramono.

Beliau bersetuju langkah pencegahan perlu dilakukan lebih awal, termasuk menggalakkan masyarakat menggunakan pelitup muka apabila perlu dan mengelak berada di kawasan terbuka selepas hujan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN