Calon pilihan raya Iraq terbunuh serangan bom di Baghdad

Calon pilihan raya Iraq terbunuh serangan bom di Baghdad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Seorang calon anggota Parlimen Iraq terbunuh manakala tiga pengawal peribadi cedera apabila sebuah bom meletup berhampiran keretanya di utara Baghdad, menurut sumber keselamatan.

Insiden itu merupakan pembunuhan pertama membabitkan calon pilihan raya menjelang pemilihan Parlimen Iraq yang dijadualkan pada 11 November.

“Bom meletup di bawah kenderaan Safaa al-Mashhadani, ahli Majlis Wilayah Baghdad dan calon parlimen. Beliau maut di tempat kejadian, manakala tiga pengawal peribadinya cedera parah,” kata sumber yang enggan dikenali kerana tidak dibenarkan memberi kenyataan kepada media, kepada AFP.

Menurut sumber itu, kejadian berlaku awal pagi Rabu di Tarmiyah, kira-kira 40 kilometer (km) di utara ibu kota, yang terletak dalam wilayah Baghdad.

Mashhadani merupakan calon daripada satu gabungan parti Sunni terbesar yang diketuai ahli perniagaan Khamis al-Khanjar dan Speaker Parlimen, Mahmoud al-Mashhadani.

Pilihan raya akan datang merupakan yang keenam sejak pencerobohan Amerika Syarikat (AS) pada 2003 yang menggulingkan pemerintah lama Iraq, Saddam Hussein.

Ketika ini, majoriti daripada 329 ahli Parlimen Iraq mewakili parti-parti Syiah yang bersekutu dengan negara jiran, Iran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN