25 negeri AS saman pentadbiran Trump henti pembiayaan SNAP

25 negeri AS saman pentadbiran Trump henti pembiayaan SNAP

KUPON SNAP menyediakan bantuan makanan kepada lebih 40 juta rakyat berpendapatan rendah di AS.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebanyak 25 negeri di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap pentadbiran Presiden, Donald Trump berhubung rancangan kerajaan untuk menghentikan pembiayaan bantuan makanan yang digunakan oleh lebih 40 juta rakyat berpendapatan rendah.

Negeri-negeri terbabit berharap dapat memaksa kerajaan menggunakan dana kecemasan kira-kira AS$6 bilion (RM25.14 bilion) bagi Program Bantuan Pemakanan Tambahan (SNAP) atau lebih dikenali sebagai kupon makanan.

Jabatan Pertanian AS (USDA) yang menyelia program SNAP menegaskan tidak akan menggunakan dana itu dan akan membiarkan peruntukan habis menjelang November, dengan alasan dana tersebut mungkin diperlukan untuk kecemasan seperti bencana alam.

Parti Republikan dan Demokrat saling menuding jari atas penutupan kerajaan persekutuan yang berpanjangan dan sehingga kini tiada kemajuan ke arah mencapai persetujuan. 

Saman itu diketuai oleh peguam negara Demokrat dari 25 negeri dan Daerah Columbia yang berhujah tindakan tidak menggunakan dana kecemasan adalah menyalahi undang-undang dan menyebabkan berjuta-juta rakyat tidak mampu membeli makanan asas.

Mereka menegaskan ini kali pertama dalam sejarah dana program tersebut tidak disalurkan.

“Menutup manfaat SNAP akan menyebabkan kemerosotan kesihatan awam dan kesejahteraan. 

“Kehilangan bantuan penting ini membawa kepada kekurangan makanan, kelaparan dan malnutrisi yang dikaitkan dengan pelbagai kesan kesihatan negatif terhadap kanak-kanak seperti tumpuan lemah, fungsi kognitif menurun, keletihan, kemurungan dan masalah tingkah laku,” menurut dokumen saman itu.

Negeri yang menyertai tindakan undang-undang ini ialah Arizona, California, Colorado, Connecticut, Delaware, Hawaii, Illinois, Kansas, Kentucky, Maine, Maryland, Massachusetts, Michigan, Minnesota, Nevada, New Jersey, New Mexico, New York, North Carolina, Oregon, Pennsylvania, Rhode Island, Vermont, Washington dan Wisconsin.

Walaupun beberapa negeri berjanji menggunakan dana sendiri untuk menampung kekurangan, kerajaan persekutuan memberi amaran mereka tidak akan diberi pampasan.

“Ketika Trump mengelilingi dunia untuk cuba membaiki masalah ekonomi yang berpunca daripada ketidakcekapan dirinya, beliau pada masa yang sama menafikan makanan kepada berjuta-juta rakyat AS yang akan kelaparan bulan depan.

“Beliau seakan tidak mempedulikan pun rakyat negara ini, hanya dirinya sendiri,” tegas Gabenor California, Gavin Newsom.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN