Allah memuji memberi makan gelandangan

Allah memuji memberi makan kepada gelandangan

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Allah memuji memberi makan gelandangan

SOALAN
Apa hukumnya memberi makan kepada golongan gelandangan?Apakah pandangan Islam dalam hal ini?

Fadil
Johor

JAWAPAN
Hukum memberi makanan kepada gelandangan adalah perkara yang bersifat fardu kifayah. Ia adalah termasuk dalam amalan yang mulia di mana Allah Taala memuji golongan yang memberi makan kepada orang yang memerlukan.

Beri makan haiwan ganjaran syurga

SOALAN
Apakah kelebihan memberi makan kepada kucing? Ada pendapat mengatakan perbuatan tersebut banyak kelebihannya.

Suraya
Puchong

JAWAPAN
Memberi makan kepada kucing atau binatang yang bernyawa adalah satu sifat rahmah yang boleh membawa kita ke syurga.

Jangan tinggal solat sunat fajar

SOALAN
Solat sunat rawatib terutama dua rakaat sebelum Subuh banyak fadilatnya tetapi ramai umat Islam meringan-ringankannya. Apa pandangan ustaz?

Rahmat Soleh
Besut

JAWAPAN
Solat fajar sangat besar fadilatnya. bahkan dalam hadis menyebutkan – “ Dua rakaat solat fajar lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalam dunia”. Saidatina Aisyah menyatakan bahawa Baginda Nabi SAW di dalam musafir pun tidak meninggalkan dua rakaat solat fajar.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN