Pakai minyak wangi semasa tunaikan solat

Pakai minyak wangi semasa tunaikan solat

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pakai minyak wangi semasa tunaikan solat

SOALAN
Apa hukum memakai minyak wangi yang dikatakan ada alkohol? Bolehkah minyak wangi dipakai semasa solat?

Nur Alisa Ali
Cheras, Kuala Lumpur

JAWAPAN
Hukum memakai minyak wangi adalah harus walaupun beralkohol dan boleh dipakai di dalam solat.

Anak bergaduh pasal agihan harta

SOALAN
Saya ada harta hendak diwariskan kepada anak-anak. Adakah saya boleh mewariskan kepada mereka sedangkan mereka tidak setuju berkenaan agihan dan bergaduh sesama mereka.

Abdul Ghani Saiful
Pasir Mas, Kelantan

JAWAPAN
Sekiranya masih sihat tuan boleh memberikan secara hibah. Sekiranya sudah meninggal dunia maka harta dibahagikan secara faraid walaupun mereka tidak reda.

Haram petik buah tanpa keizinan jiran

SOALAN
Jiran saya menanam buah dan membungkus buah itu. Bolehkah saya memetik buah yang ditanam oleh jiran itu tanpa izin walaupun kami mempunyai hubungan baik?

Fuad Kamarudin
KIang, Selangor

JAWAPAN
Tidak boleh memetik buah tanaman jiran melainkan dengan keizinannya, tetapi pihak tuan boleh menerima timbal balik dengan memelihara buah jiran tersebut.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN