For Revenge, Insomniacks dan Midnight Fusic gegar Megastar Arena Januari depan - Utusan Malaysia

For Revenge, Insomniacks dan Midnight Fusic gegar Megastar Arena Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Megastar Arena, Kuala Lumpur bakal menjadi saksi For Revenge, Insomniacks dan Midnight Fusic berkongsi pentas sempena konsert Malam Simfoni Luka yang dijadualkan Januari tahun depan.

Konsert berkenaan ibarat impian peminat yang terlaksana kerana buat julung kali ketiga-tiga nama besar dunia alternatif dan pop moden itu bergabung dalam sebuah konsert mega.

Selain persembahan muzik eksklusif, konsert itu bakal menyajikan persembahan sinematik dan seni visual untuk membawa penonton menyelami emosi dalam lagu yang dipersembahkan nanti.

Tiket berharga antara RM188 hingga RM258 boleh ditempah menerusi www.ticket2u.com.my bermula hari ini.

KONSERT MALAM SIMFONI LUKA:

Tarikh: 24 Januari 2026 (Sabtu)

Masa: 8 malam

Tempat: Megastar Arena Kuala Lumpur

Artis: For Revenge, Insomniacks, Midnight Fusic

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN