Seorang lagi anggota FRU dibenarkan keluar hospital - Utusan Malaysia

Seorang lagi anggota FRU dibenarkan keluar hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lagi anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang cedera dalam nahas di Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam, Teluk Intan kelmarin, telah dibenarkan keluar hospital.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, dibenarkan keluar semalam selepas menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Katanya, Muhammad Aniq merupakan anggota kedua yang dibenarkan keluar hospital selepas Koperal Nizam Tarmizi, 38, kelmarin.

“Setakat ini, tiga anggota masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan. Mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedar.

“Anggota tersebut ialah Koperal Haslizal Mohd. Ali, 44; Sarjan Mazlan Mat, 50; dan Koperal Mohd. Izwan Ishak, 39,” katanya di sini hari ini.

Noor Hisam berkata, Sarjan Mohd. Parih Ali, 44, yang dirawat di hospital sama dalam keadaan stabil manakala Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli, 34, dan Koperal Mohd. Harrisul Ikhsan Mohd. Mahabudin, 39, telah sedar.

“Koperal Syed Isfan Syed Syed Mohammad, 39, yang dirawat di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pula masih belum sedarkan diri.

“Pihak hospital tunggu pesakit stabil untuk pembedahan tulang pinggul,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN