PETALING JAYA: Pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu dijangka beri kesan besar terhadap konflik Palestin-Israel dengan dasar yang dilihat cenderung berpihak kepada Israel. Menurut penganalisis geostrategik, Dr. Azmi Hassan, sebarang usaha penyelesaian konflik Palestin-Israel pada masa hadapan berkemungkinan besar akan mengikut acuan dan kehendak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Tambahnya, keadaan menjadi semakin rumit dengan pelantikan bekas Gabenor Arkansas, Mike Huckabee, sebagai Duta AS ke Israel…