KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia (MWL), Mohammad Abdulkarim Al-Issa menafikan MWL mempunyai hubungan dengan Israel, sekali gus menjawab dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan MWL dengan rejim Zionis. Al-Issa berkata, hubungan dengan Israel hanyalah berkisarkan kepada tuntutan keamanan dan kebebasan Palestin. “Kami tidak ada hubungan dengan Israel sama sekali, apabila kita berhubung sekali pun, kita tidak bercakap tentang politik, malah di dalam al-Quran turut menegaskan kita perlu berbuat baik…