Angka 17-18 jadi 'rebutan' BN-PN di DUN Tioman

Angka 17-18 jadi ‘rebutan’ BN-PN di DUN Tioman

EMPAT daripada lima calon (dari kiri), Sulaiman Bakar, Johari Hussain, Osman A. Bakar dan Nor Idayu Hashim yang bertanding pada PRU15 DUN Tioman, 7 Disember ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANGKA tidak pernah berbohong, ungkapan ini sering diungkapkan oleh seorang pimpinan utama di negeri ini dan kini ia menjadi ‘rebutan’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Kerana angka, sebuah kerajaan termasuk kerajaan negeri dapat dibentuk dan jika ia tidak cukup maka tergantung sesebuah kerajaan seperti berlaku di negeri ini selepas berakhir PRU15 19 November lalu.

Dalam pilihan raya DUN Rompin, 7 Disember ini, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing merangka strategi bagi merebut angka 17 dan 18.

Angka 17 begitu penting kepada BN bagi memastikan kemenangan diperoleh parti itu iaitu 16 kerusi DUN pada PRU15, seimbang dengan PN yang menang 17 kerusi.

Bagi PN pula, gabungan itu juga mahukan kemenangan demi memastikan parti itu terutama Pas mendominasi kerusi DUN di negeri ini dengan kelebihan satu kerusi berbanding BN.

Atas faktor itu, maka dua gabungan parti politik tersebut kini merebut angka 17-18 dalam PRU15 DUN Tioman kerana benarlah kata pimpinan tersebut bahawa angka tidak pernah berbohong khususnya berhubung pencapaian.

PRU15 DUN Tioman diadakan semula 7 Disember ini ekoran kematian calon PN, Md. Yunus Ramli, 61, pukul 3.30 pagi Sabtu lalu iaitu pada hari pengundian, dipercayai akibat serangan jantung.

Selesai penamaan calon Khamis lalu, kerusi DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain, Nor Idayu Hashim (PN), Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Mohd. Fadzli Mohd. Ramly Pakatan Harapan (PH).

Mohd. Johari merupakan penyandang kerusi DUN Tioman sejak 2008 dan menang majoriti 1,280 undi dalam saingan empat penjuru, PRU14 lalu.

Kini semuanya bergantung kepada 28,465 pengundi di DUN Tioman dalam memastikan angka 17 dan 18 itu menjadi milik BN ataupun PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN