KETIKA perjumpaan komponen Barisan Nasional (BN) Pahang bersama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan kelmarin, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta sistem kuota bagi meletakkan calon di sesuatu kawasan di negeri ini dikaji semula secara mendalam. Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN negeri memaklumkan bahawa parti itu optimis untuk memenangi 14 kerusi Parlimen dan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).…