Polis ingatkan pakai pelitup di muka, bukan di dagu elak dikompaun - Utusan Malaysia

Polis ingatkan pakai pelitup di muka, bukan di dagu elak dikompaun

ARJUNAIDI MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Walaupun pemakaian pelitup separuh muka diwajibkan dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat awam berkuat kuasa 1 Ogos tahun lalu, orang ramai masih degil dengan mengingkari ketetapan itu.

Ini berikutan, sepanjang tiga hari pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun lalu, kompaun paling banyak dikeluarkan oleh Polis Selangor adalah berkaitan kesalahan pelitup muka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, sepanjang PKP penuh, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 487 kompaun dan kesalahan paling banyak adalah pelitup muka serta dan tiada penjarakan fizikal.

“Kesalahan ini adalah antaranya tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan meletakkannya di dagu. 

“Bagi pergerakan trafik pula, setakat ini menunjukkan pengurangan antara 70 hingga 80 peratus. Malah, hasil pemeriksaan mendapati hanya mereka mempunyai surat kebenaran sahaja berada di jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Arjunaidi berkata, pihaknya akan memperhebatkan pemeriksaan di kilang-kilang dalam memastikan premis yang mendapat kebenaran sahaja beroperasi sepanjang tempoh PKP penuh.

Jelasnya, pemeriksaan ini adalah termasuk surat kebenaran dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) agar tidak disalah guna oleh mereka. 

“Setakat ini, kita telah mula pergi ke kilang-kilang untuk pemeriksaan dan jika didapati terdapat pelanggaran, kita ambil tindakan undang-undang. 

“Malah, saya juga telah mengarahkan semua ketua polis daerah supaya meningkatkan sekatan jalan raya dan tindakan daripada pasukan pemantau agar SOP dipatuhi,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.