Gagal urus lawatan Perdana Menteri, insiden memalukan negara

Gagal urus lawatan Perdana Menteri, insiden memalukan negara

ANIFAH AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Isu kegagalan menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak sepatutnya diletak dibahu Duta Besar Malaysia dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai.

Kegagalan itu seharusnya menjadi tanggungjawab Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan beliau sepatutnya mempertahankan pegawai di bawah kementerian berkenaan.

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, insiden yang berlaku merupakan perkara yang amat memalukan kepada negara.

Beliau berkata, menteri berkaitan yang patut bertanggungjawab atas kegagalan yang menyebabkan Perdana Menteri menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan kawalan keselamatan dan pergerakan motoked.

“Saya meragui pegawai kanan dan duta yang berpengalaman sebegitu boleh terlepas pandang maklumat yang penting terutama apabila berkaitan Perdana Menteri.

“Saya yakin Saifuddin boleh mengendalikan situasi membabitkan pegawai kanan dan duta itu dengan lebih baik.

“Sebagai menteri, Saifuddin perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Saya secara peribadi akan mengendalikan masalah yang berlaku dengan cara berbeza iaitu dengan menjalankan siasatan dalaman terlebih dahulu.

“Biarpun Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan bahawa arahan memanggil balik kedua-dua perwakilan di UAE itu bukan sesuatu luar biasa susulan kegagalan mengurusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan Perdana Menteri namun, mereka tidak seharusnya dipanggil pulang secara tergesa-gesa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) itu berkata, sepatutnya sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri ke mana-mana negara, persiapan rapi akan dilakukan oleh Menteri Luar.

Malah, semasa beliau menjadi Menteri Luar dahulu, beliau akan berada di negara yang akan dilawati lebih awal sebelum ketibaan Perdana Menteri bagi memastikan persiapan rapi telah dilakukan.

Mengulas lanjut katanya, tindakan memanggil balik kedua-dua perwakilan secara tergesa-gesa memberi gambaran yang buruk bahawa negara ini tidak mampu menguruskan lawatan rasmi ketua kerajaan.

Anifah berkata, semua pegawai di Wisma Putra cukup berpengalaman dan semua yang dilantik sebagai Duta Besar adalah mereka yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang tersebut. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.