Hanya 72 calon SPM di Sarawak terjejas Covid-19

Hanya 72 calon SPM di Sarawak terjejas Covid-19

NORISAH Suhaili (kiri) menunjukkan set kertas pengurusan peperiksaan SPM 2021 JPNS, bersama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Henry Chai (kanan) di perkarangan sekolah di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Hanya 72 orang atau 0.2 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Sarawak tidak dapat menduduki peperiksaan hari ini dan esok bagi kertas Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) akibat terjejas Covid-19.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Dr. Norisah Suhaili berkata, untuk calon yang positif, mereka akan diberikan peluang untuk menduduki ujian berkenaan pada April depan.

“Setakat ini untuk ujian bertutur 72 orang calon di 24 pusat, kemudian untuk ujian mendengar BM ada 0.8 peratus, manakala ujian mendengar Bahasia Inggeris pula 0.8 peratus dan ujian amali sains 0.5 peratus terjejas akibat Covid-19.

“Apa saja yang melibatkan kes positif mahupun kontak rapat, memang kita tidak akan benarkan mereka menduduki peperiksaan pada masa yang telah dijadualkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan ke pusat peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Kuching di sini hari ini.

Sementara itu, kata Norisah bagi calon yang terjejas dan diberikan peluang untuk menduduki peperiksaan, soalan yang diberikan juga akan berbeza dengan calon terdahulu.

Namun, format pada kertas peperiksaan tersebut adalah sama.

“Set soalan kita akan berikan yang berbeza, tetapi format tetap sama. Kita pernah berdepan situasi seperti ini pada tahun lepas di mana ada sekolah yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerak Diperketatkan (PKPD), tapi kita mampu mengatasinya dan tahun ini saya percaya kita juga dapat lakukannya,” tambah beliau.

Beliau berkata, seramai 36,385 orang calon di negeri Sarawak telah mendaftar untuk menduduki SPM 2021.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 34,142 orang (93.83 peratus) merupakan calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), 937 orang (2.58 peratus) calon Sekolah Menengah Swasta, 316 orang (0.87 peratus) calon sekolah di bawah agensi lain selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 26 orang (0.07 peratus) calon Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan 964 orang (2.65 peratus) merupakan calon persendirian.

“Calon-calon berkenaan akan menduduki SPM 2021 di 257 pusat peperiksaan iaitu 189 pusat di Sekolah Menengah Kebangsaan, enam pusat sekolah agensi lain selain KPM, 13 pusat Sekolah Menengah Swasta, sebuah pusat Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 48 pusat persendirian di seluruh negeri Sarawak,” katanya.

Untuk rekod, seramai 209 orang Penyelia Kawasan dan 3,400 orang pengawas telah dilantik untuk mengendalikan peperiksaan SPM di negeri Sarawak. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya