Palsukan dokumen, empat anggota AADK didenda - Utusan Malaysia

Palsukan dokumen, empat anggota AADK didenda

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Empat staf Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) didenda dengan jumlah keseluruhan RM 39,000 di Mahkamah Khas Rasuah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu.

Tertuduh, Mohd Hanip Juarip, 33; Razilah Sahad, 39; Panduan Paglin, 40 dan Erwan Roslan, 41, masing-masing mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan dihadapan hakim Abu Bakar Manat.

Razilah iaitu Pembantu Antidadah didakwa bagi lapan pertuduhan memalsukan dokumen iaitu resit penginapan bagi tujuan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri antara April hingga Disember 2017.

Untuk kesemua kesalahan itu, tertuduh didenda RM1,500 untuk setiap pertuduhan dengan jumlah denda keseluruhan RM12,000.

Sementara itu, Mohd Hanip, Panduan dan Erwan yang merupakan Penolong Pegawai Antidadah masing-masing didakwa atas enam pertuduhan memalsukan dokumen iaitu resit penginapan bagi tujuan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri antara Februari hingga November 2017 dan membabitkan tuntutan berjumlah RM 7,854.

Bagi kesemua pertuduhan itu, ketiga-tiga tertuduh masing-masing didenda RM1,500 untuk setiap kesalahan dengan jumlah denda sebanyak RM9,000.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah 465 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum selama dua tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkarnain Rousan Hasbi dan PsK Rekraj manakala, kesemua tertuduh diwakili peguam daripada Adnan Puteh & Saleh Co.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya