Duta AS nafi terlibat keganasan kartel dadah Mexico

Duta AS nafi terlibat keganasan kartel dadah Mexico

PENYIASAT forensik mengeluarkan mayat dari jalan di La Costerita, Culiacan, negeri Sinaloa, Mexico pada 19 September lalu.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Mexico, Ken Salazar, menolak dakwaan Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador bahawa Washington turut bertanggungjawab atas keganasan di Sinaloa, selepas lebih 50 orang maut dalam perang antara kartel bulan ini.

Salazar yang sebelum ini menafikan pegawai AS terlibat dalam penculikan pengedar dadah legenda, Ismael Zambada di Amerika pada 25 Julai lalu, menolak dakwaan Obrador.

“Apa yang berlaku di Sinaloa bukan salah kami. AS tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk pembunuhan yang kita lihat di tempat lain,” kata Salazar dalam satu sidang akhbar di Chihuahua, semalam.

Beliau dalam pada itu telah memberitahu Presiden Mexico yang akan datang, Claudia Sheinbaum, Mexico dan AS perlu bekerjasama untuk menangani cabaran keselamatan antara dua negara.

Khamis lalu, Obrador yang dijadual meletak jawatan bulan depan menyatakan AS turut bertanggungjawab atas keganasan di Sinaloa selepas ketua kartel di Mexico, Joaquin Guzman Lopez didakwa menculik Zambada di negara ini sebelum dibawa ke AS.

Dua kumpulan kartel diketuai Lopez dan Zambada di Sinaloa bertempur sejak 9 September lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 53 orang, sementara 51 lagi dilaporkan hilang dan banyak bandar serta pekan terjejas.

Kejadian itu merenggangkan hubungan antara kedua-dua negara, dengan Mexico meminta penjelasan lebih lanjut.

Pihak berkuasa Mexico semalam mengumumkan sebanyak 600 angota tentera tambahan dikerah ke Sinaloa untuk mengawal keselamatan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×