Pesawat mendarat cemas gara-gara tikus menyorok dalam makanan - Utusan Malaysia

Pesawat mendarat cemas gara-gara tikus menyorok dalam makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Sebuah pesawat syarikat penerbangan Scandinavian Airlines (SAS) terpaksa mendarat cemas Rabu lalu selepas seekor tikus secara tiba-tiba muncul dari makanan penumpang.

Jurucakap SAS, Oystein Schmidt memberitahu, ketika kejadian, pesawat tersebut yang dalam perjalanan dari ibu negara Norway, Oslo, ke Malaga, Sepanyol, terpaksa membuat pendaratan cemas di Copenhagen, Denmark.

Katanya, lencongan itu dibuat mengikut prosedur syarikat kerana kehadiran tikus tersebut menimbulkan risiko keselamatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penumpang dalam penerbangan itu kemudiannya diterbangkan ke Malaga dengan pesawat lain.

“Ini adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku. Kami telah menetapkan prosedur untuk situasi seperti ini.

“Kami juga akan membuat semakan dengan pembekal makanan untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi,” kata Schmidt.

Seorang penumpang, Jarle Borrestad memberitahu saluran berita BBC, tikus tersebut keluar daripada kotak makanan yang dibuka oleh wanita yang duduk di sebelahnya di dalam pesawat berkenaan.

Katanya, keadaan di dalam pesawat tenang, namun dia mengakui terpaksa memakai stokin kerana bimbang tikus itu merayap ke kakinya.

Syarikat penerbangan mempunyai sekatan ketat terhadap tikus di dalam pesawat untuk mengelakkan wayar elektrik dikunyah. – BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN