MAHA: Pelawat serbu MAHA 2024 menjelang hari terakhir

MAHA: Pelawat serbu MAHA 2024 menjelang hari terakhir

SUASANA sekitar MAHA 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, yang terus dipenuhi pengunjung. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Menjelang dua hari terakhir Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024, pengunjung tidak melepaskan peluang hadir bagi menikmati pelbagai aktiviti dan pameran yang diadakan.

Ahmad Faizal, 45, berkata, ini adalah kali kedua dia dan keluarga berkunjung ke MAHA untuk membawa anak-anak menikmati pameran yang disediakan.

“Ini adalah peluang terbaik untuk bawa anak-anak bercuti. Memandangkan tengah cuti sekolah, anak-anak juga seronok datang ke sini sebab banyak tempat menarik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dan isteri juga sanggup ambil cuti untuk bawa anak-anak ke sini (MAHA) sebab pameran ini cuma berlangsung dua tahun sekali,” katanya ketika ditemui di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.

MAHA 2024 yang dianjurkan buat kali ke-100 bertemakan Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan merupakan pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara yang menyediakan lebih 2,000 ruang jualan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam sehingga 22 September ini.

Dalam pada itu, Anis Syafiqah, 21, berkata, dia turut tidak melepaskan peluang untuk membawa adik-adiknya menyaksikan pelbagai pameran yang dianjurkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN