Pasaran hartanah bakal terima banyak suntikan pelaburan - Utusan Malaysia

Pasaran hartanah bakal terima banyak suntikan pelaburan

PASARAN hartanah negara dijangka lebih stabil tahun ini dan pertumbuhan sektor tersebut bukan hanya dilihat daripada peningkatan volum semata-mata. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dana-dana institusi serantau, pemaju dan pembeli hartanah dijangka menyuntik lebih banyak modal dalam sektor hartanah apabila Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memotong kadar faedah.

RHB Investment Bank berkata, Malaysia juga bakal menjadi destinasi pelaburan utama pusat data (DC) didorong lokasinya yang strategik.

“Sementara, pembeli pelabur hartanah tempatan dan asing lebih cenderung untuk membeli hartanah di kawasan pertumbuhan tinggi dengan ringgit dan kadar faedah yang stabil,” katanya dalam nota penyelidikan.
Kelmarin, Fed AS memotong 50 mata asas kadar faedah setelah empat tahun tidak menurunkan kadar itu bertujuan meredakan kembali pasaran pekerjaan dan menurunkan kadar inflasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemotongan kadar di ekonomi terbesar dunia ini adalah positif untuk aset berisiko, termasuk pasaran membangun, apabila pelabur berpindah daripada dolar AS yang lemah dan hasil bon AS untuk pulangan yang lebih baik.

Dalam pada itu, RHB Investment berkata, penyusutan kadar faedah memberi keuntungan kepada amanah pelaburan hartanah (REIT) dan dipercayai lebih banyak pemaju akan mempertimbangkan untuk menyenaraikan pelaburan mereka di bawah REIT.

Selain itu, 101 Properties dan SP Setia, Sime Darby Property merupakan calon yang baik, memandangkan portfolio aset pelaburannya yang semakin meningkat termasuk KL East Mall, Senada Mall, Elmina Lakeside Mall, dan logistik aset di Bandar Bukit Raja.

“Penyiapan Google DC pada 2026 dijangka meningkatkan lagi portfolio REIT antara RM1.5 bilion hingga RM2 bilion lagi berbanding RM2.6 bilion ketika ini,” katanya.

Bank pelaburan itu berkata, ketika ini terdapat permintaan besar untuk pelancaran projek baharu di Nusajaya, Johor.

Katanya, pelancaran lot kedai oleh UEM Sunrise dengan purata harga jualan (ASP) antara RM107 juta hingga RM2.3 juta dan rumah teres oleh Sunway dengan ASP RM1.22 juta atau RM550 bagi sekaki persegi menunjukkan permintaan yang menggalakkan dengan lebihan permintaan sehingga empat kali ganda semasa pra pelancaran.

“Pembeli dari Singapura membentuk 20 peratus daripada jumlah pra jualan untuk Sunway.

“Kami percaya trend ini akan berterusan, memandangkan minat baharu dalam pasaran hartanah.

“Selain itu, taraf hidup yang tinggi di Singapura juga menjadi pemangkin utama di sebalik permintaan yang tinggi.Iskandar Malaysia, dengan Rapid Transit System Link (RTS) dan kemasukan FDI ke dalam zon ekonomi khas Johor Singapura (JS-SEZ),” katanya.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan wajaran tinggi untuk sektor itu dengan Sime Darby Property, Mah Sing, UEM Sunrise dan Suway menjadi pilihan utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN