Sampai bila harapkan 'kuda tua'?

Sampai bila harapkan ‘kuda tua’?

SKUAD hoki kebangsaan kebanyakannya dibarisi pemain muda dan sebilangan kecil pemain senior. - IHSAN KONFEDERASI HOKI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebergantungan skuad hoki lelaki negara kepada pemain senior dalam mana-mana kejohanan bakal memakan diri pada masa akan datang dan bibit awalnya boleh dilihat kepada pencapaian di Kejohanan Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2024.

Hadir ke Inner Mongolia, China dengan reputasi gah selaku naib juara edisi lalu, anak-anak buah Sarjit Singh bukan sahaja gagal menepati ramalan sekurang-kurang ke separuh akhir, malah mereka menduduki tangga tercorot kejohanan yang disertai enam pasukan.

Dalam kejohanan itu, Speedy Tigers membariskan empat pemain yang berumur 30 tahun ke atas iaitu kapten, Muhammad Marhan Jalil, Faiz Helmi Jali, Mohd Fitri Saari dan juga Faizal Saari dan pasukan dilihat banyak bergantung kepada pemain-pemain ini.

Bekas pemain kebangsaan, Tengku Ahmad Tajudin Tengku Abdul Jalil percaya kebergantungan kepada pemain senior sebagai punca utama kemerosotan prestasi, selain kurangnya perancangan untuk menggilap bakat muda sebagai pelapis yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Skuad hoki kita terlalu bergantung kepada pemain-pemain lama yang telah lama mewakili negara. Tidak ada salahnya menggunakan pengalaman mereka, tetapi persoalan timbul apabila tiada pelapis yang diberi ruang untuk beraksi dan menyerap pengalaman di peringkat tinggi.

“Persembahan Malaysia di ACT 2024 jelas menunjukkan kelemahan di beberapa bahagian, terutamanya dari segi stamina dan corak permainan yang tidak menunjukkan banyak peningkatan,” katanya.

Kejohanan ACT 2024 merupakan kejohanan ketiga pasukan kebangsaan bagi tahun 2024 di bawah bimbingan Sarjit selepas Piala Sultan Azlan Shah dan Piala Negara-Negara (Nations Cup) yang berlangsung pada Mei lalu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×