Tambah parkiratasi kesesakan Cameron Highlands

Tambah parkir atasi kesesakan Cameron Highlands

KEADAAN kesesakan lalu lintas di pekan Brinchang pada waktu malam ketika musim cuti semasa tinjauan di Cameron Highlands, baru-baru ini. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH) mengalu-alukan usaha kerajaan negeri Pahang untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands yang menjadi rungutan pelancong.

Presidennya, A. Dilip Martin berkata, cadangan itu selari dengan cadangan pihaknya sebelum ini yang beberapa kali mengutarakan isu sama.

Begitupun, beliau berharap penambahan tempat letak ken­deraan perlu dibuat di lokasi yang menjadi punca kesesakan ter­utama di pasar Kea Farm.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, jika dilaksanakan di lokasi bukan punca kesesakan, ia tidak akan mengurangkan masalah trafik di tanah tinggi itu.

“Di manakah tempat letak kereta tersebut akan dibina bagi memastikan kesesakan lalu lintas dapat diatasi sebaik mungkin?

“Jika di Sungai Burung, ia bukan lokasi sesuai. Jika lokasi itu menjadi pilihan, ia tidak akan mengatasi masalah kesesakan.

“Ini kerana punca utama berlaku kesesakan bukan di kawasan Sungai Burung tetapi di pasar di Kea Farm.

“Kawasan itu sesak kerana ia menjadi tumpuan pelancong tetapi parkir tidak cukup menyebabkan pengunjung meletakkan kenderaan mereka di tepi-tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau mengulas laporan kerajaan negeri Pahang yang komited menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pelancongan Cameron Highlands terutama di Kea Farm, Brinchang dengan penambahan bilangan tempat letak kereta.

Pengerusi Jawatankuasa Ke­rajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff­ dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini berkata, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) bersetuju untuk menyediakan tempat letak kereta di atas sebahagian tanah milik pihak berkuasa tempatan itu.

Sebelum ini, REACH pernah mencadangkan ia dibina di Cameron Highlands bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang biasanya berlaku di Tringkap, Kea Farm, Brinchang dan Tanah Rata.

Berikutan kurang kemudahan itu, pengunjung meletakkan kenderaan mereka di tepi-tepi jalan yang menjadi punca ke­sesakan lalu lintas.

Malah REACH juga meminta kerajaan mengkaji semula rancangan membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata dengan kos RM480 juta bagi mengatasi kesesakan seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN