‘Abang Bas’ menangis, gagal bayar jaminan

‘Abang Bas’ menangis, gagal bayar jaminan

PEMANDU bas yang memuat naik rakaman video murid perempuan sebagai orang kesayangan atau ‘crush’ didakwa di Mahkamah Sesyen Muar, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: ‘Abang Bas’ yang tular susulan memuat naik rakaman seorang murid perem­puan sebagai orang kesayangan atau ‘crush’, menangis semasa didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh berusia 24 tahun menangis di kandang tertuduh, namun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd. Nor.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan yang juga anak saudaranya berusia empat tahun bagi maksud seksual antara pukul 5 hingga 6 petang dalam sebuah bas sekolah di Simpang Renggam, Kluang pada April hingga September tahun ini.

Dia didakwa di bawah Sek­syen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak le­bih 20 tahun dan boleh sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual antara pukul 5 hingga 6 petang di dalam bas sekolah di alamat yang sama, bulan ini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pengarah Pendakwaan Ne­geri, Abdul Ghafar Ab.Latif mencadangkan jaminan seba­nyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan kerana kes berkenaan adalah serius dan mendapat perhatian umum serta pelbagai komen diterima yang mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Memandangkan mangsa adalah anak saudaranya, pihak pendakwa memohon syarat tambahan, iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa serta kakak dan ibunya yang juga saksi pendakwaan.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Umar Zulkarnain merayu supaya jumlah jaminan rendah kerana tertuduh tidak mempunyai gaji tetap, hanya bekerja sebagai pemandu bas sekolah.

Hakim Sayani membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 10 Oktober depan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen. Tertuduh gaga membayar wang jaminan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN