Nota diplomatik bocor: Jangan dahului Wisma Putra

Nota diplomatik bocor: Jangan dahului Wisma Putra

MOHAMED KHALED NORDIN menerima cenderamata daripada Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr, Shahrin Sahib ketika melawat Minggu Bersama Pencarum – Jelajah Selatan 2024 di Kluang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kementerian Pertahanan akan berpandukan siasatan dalaman yang dijalankan Kementerian Luar susulan kebocoran maklumat nota diplomatik daripada Kementerian Luar China kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing pada 18 Februari lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya memerlukan kesahihan berhubung nota diplomatik berkenaan kerana khuatir akan memberikan reaksi mengenai sesuatu yang sebenarnya tidak wujud.

“Kita tunggu, kalau betullah (kebocoran berlaku) sebab itu kita perlu kesahihan terlebih dahulu dan kita di sini nanti akan berpandukan kepada (siasatan) Kementerian Luar. Setakat ini, itu sahaja,” katanya ketika ditemui dalam Minggu Bersama Pencarum – Jelajah Selatan 2024 di Kem Mahkota, Kluang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nota itu didakwa diterbitkan dalam artikel oleh media Filipina pada 29 Ogos. The Inquirer melaporkan China telah menghantar dokumen dua muka surat kepada Kedutaan Malaysia di Beijing pada Februari, menegaskan bahawa penerokaan minyak dan gas oleh Kuala Lumpur di Laut China Selatan melanggar kedaulatan China.

Kementerian Luar dalam reaksinya berkata, pihaknya melihat kebocoran dokumen itu, yang merupakan saluran komunikasi rasmi antara kedua-dua negara, dengan kebimba­ngan yang serius. Namun, kementerian itu tidak menghu­raikan berhubung kandungan nota diplomatik tersebut.

Mengulas lanjut, Khaled ber­kata, ASEAN adalah pen­gimbang dan penyumbang kepada keamanan dan kestabilan di rantau ini.

“Atas sebab itulah, kita kena faham ucapan oleh pemimpin-pemimpin bagaimana kita nak pastikan soal pemusatan ASEAN.

“Pemusatan ASEAN jangan diganggu, jangan ditarik serta jangan terpengaruh dengan mana-mana pihak kerana ASEAN adalah ASEAN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×