Wujudkan Kolej Tingkatan Enam di Perlis

Wujudkan Kolej Tingkatan Enam di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERAJAAN diharap dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan Kolej Tingkatan Enam di Perlis.

Ini kerana negeri lain sudah mempunyai Kolej Tingkatan Enam kecuali  Perlis, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Labuan.

Sebanyak 23 buah Kolej Tingkatan Enam telah beroperasi dan sebagai generasi belia di negeri ini, saya berharap Perlis juga tidak ketinggalan untuk menempatkan kesemua pelajar tingkatan enam di kolej yang akan dibangunkan itu sekiranya kerajaan mempertimbangkannya nanti.

Moga dengan wujudnya kolej ini pastinya Perlis juga tidak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

Bahkan, saya yakin dengan pengoperasian Kolej Tingkatan Enam ini pastinya dapat merealisasikan juga hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) yang ingin membuat penjenamaan semula dalam aspek sistem pendidikan yang mahu Kolej Tingkatan Enam ini dikenali sebagai Pra-Universiti termasuk penukaran jawatan pengetua kepada pengarah nanti.

Pastinya guru penolong kanan juga akan digantikan dengan timbalan pengarah manakala guru pula dipanggil pensyarah nanti.

Perubahan ini pastinya memberi peluang kepada pengarah Kolej Pra-Universiti  yang akan diberi autonomi bagi pengambilan pelajar tingkatan enam secara terus jika masih ada kekosongan.

Melalui autonomi ini pengarah akan mengenal pasti pelajar berpotensi yang memerlukan peluang menyambung pengajian dan boleh menggunakan ‘kuasa’ itu untuk membuat tawaran sendiri secara terus kepada pelajar berkenaan.

Moga dengan penjenamaan semula ini akan memberi peluang mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.-UTUSAN

MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN 

Pemenang Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Perlis 2024

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×