RM9.3 juta ganti jambatan uzur di Kampung Tengah

RM9.3 juta ganti jambatan uzur di Kampung Tengah

JAMBATAN uzur berusia lebih 20 tahun yang menghubungkan penduduk Kampung Tengah ke Kampung Baru di Kluang akan digantikan dengan jambatan baharu tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Jambatan uzur berusia lebih 20 tahun yang meng­hubungkan penduduk Kampung Tengah dengan Kampung Baru serta kediaman sekitarnya akan diganti tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, proses pembinaan yang bermula awal tahun depan itu akan menelan kos RM9.30 juta termasuk pengambilan tanah.

“Tempoh pembinaan jambatan yang mempunya dua lorong selain pembesaran jalan sepanjang 350 meter ini selama dua tahun setengah.

“Namun, jambatan ini tidak akan ditutup penggunaannya sepanjang tempoh pembinaan sehingga jambatan baharu siap sepenuhnya,” katanya selepas menerima taklimat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kluang di kawasan tapak pembinaan jambatan itu semalam.

Menurut Ahmad, pihaknya membuat keputusan membina jambatan baharu selepas Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyerahkan kepada pihaknya.

Katanya, jambatan baharu itu akan turut dipasang lampu solar bagi memastikan pencahayaan yang baik untuk memudahkan penduduk pada waktu malam.

“Ini adalah kemudahan yang diberikan kepada rakyat di kawasan ini dan diharapkan dapat memberikan manfaat kepada kira-kira 10,000 penduduk dari tiga buah kampung serta taman kediaman sekitarnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×