Kes tembak di Georgia: Suspek 14 tahun ditangkap

Kes tembak di Georgia: Suspek 14 tahun ditangkap

ANGGOTA polis mengawal tempat kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Apalachee di Winder, Georgia hari ini.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGIA: Empat mangsa yang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah berdekatan Georgia, Amerika Syarikat (AS) melibatkan dua guru dan dua pelajar.

Mangsa dikenalpasti sebagai Richard Aspinwall dan Christina Irimie, manakala dua pelajar terbabit ialah Mason Schermerhorn dan Christian Angulo, masing-masing berusia 14 tahun.

Menurut laman web sekolah, kedua-dua guru terbabit merupakan guru matematik, selain Aspinwall juga seorang pembantu jurulatih bola sepak.

Insiden itu turut mengakibatkan sembilan yang lain cedera, melibatkan lapan pelajar dan seorang guru, kini dirawat di hospital.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Atlanta berkata, suspek dikenal pasti sebagai Colt Gray, 14, pernah disiasat oleh pihak berkuasa tahun lalu, berkaitan beberapa maklumat mengenai ancaman dalam talian untuk melakukan tembakan di sekolah.

Saksi, Lyela Sayarath memberitahu, suspek dilihat meninggalkan bilik darjah sekitar pukul 9.45 pagi dan kembali ke kelas sambil memegang senjata api sebelum melepaskan tembakan rambang.

Pejabat polis menerima laporan pertama mengenai kejadian tembakan tersebut sekitar pukul 10:20 pagi (waktu tempatan) dan tiba tidak lama selepas panggilan tersebut, termasuk dua pegawai sumber sekolah yang ditugaskan di Apalachee High.

Suspek kemudian menyerah diri kepada pegawai tersebut selepas beliau bertembung antara satu sama lain dan kemudian ditahan, kata ketua polis Barrow County, Jud Smith kepada media.

Sementara itu, Peguam Negara, Merrick Garland berkata, semua sekolah di daerah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan mengerahkan polis mengawal sekolah menengah di daerah tersebut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×