Warga emas goda budak sekolah, ajak buat seks - Utusan Malaysia

Warga emas goda budak sekolah, ajak buat seks

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOR: Seorang warga emas berusia 60 tahun melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja wanita, 15, di Jalan Panaragan, Bogor Tengah, Bandar Bogo.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Bogor, Aji Riznaldi Nugroho berkata, ketika ini, suspek sudah berjaya diberkas dan mengesahkan berlaku serangan tersebut.

Jelasnya, suspek mengaburi mangsa dengan menawarkan janji-janji tertentu untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Intinya kami proses sesuai prosedur, jaga nama mangsa, nama baik keluarganya kerana mangsa masih remaja dan bersekolah.

“Kami masih meneliti keterangan mangsa dan saksi untuk memperkukuhkan bukti-bukti yang diperoleh,” katanya lapor Kompas.com.

Aji turut memberi peringatan akan kepentingan peranan ibu bapa dan guru dalam memberikan pemahaman kepada kanak-kanak tentang bahayanya budaya godaan dari pihak lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini