Bursa dibuka rendah berikutan kejatuhan indeks saham global - Utusan Malaysia

Bursa dibuka rendah berikutan kejatuhan indeks saham global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 10.40 mata kepada 1,666.25 pada pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1678.80 pada penutup Jumaat.

Indeks dibuka tinggi pada 1,662.65.

Jumlah dagangan sebanyak 183.62 juta unit bernilai RM103.45 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 518 berbanding 54 dengan 155 kaunter tidak berubah, 1,714 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati berikutan kejatuhan indeks saham global malam tadi.

Jelas beliau, kejatuhan harga saham di Wall Street dipengaruhi oleh indeks ISM bagi sektor pembuatan yang kekal di bawah paras 50 mata bagi tempoh lima bulan berturut-turut.

“Indeks ISM berada di paras 47.2 mata pada bulan Ogos berbanding jangkaan pasaran iaitu 47.5 mata.

“Selain itu, kejatuhan harga minyak mentah global juga menambah kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi terutamanya negara China yang masih bergelut dengan kesan kelembapan pasaran hartanah.

“Oleh itu, pasaran saham Malaysia dijangka didagang dalam mod yang berhati-hati,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN