Heret pihak tertentu ada agenda politik - Tun Mahathir Heret pihak tertentu ada agenda politik - Tun Mahathir

Heret pihak tertentu ada agenda politik – Tun Mahathir

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Tindakan kerajaan untuk mengheret pihak tertentu agar mengisytiharkan aset mempunyai motif politik kerana membabitkan individu terpilih sahaja.

Sambil menyifatkannya sebagai salah guna kuasa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, perkara itu tidak seharusnya berlaku sedangkan pihak berkenaan telah mematuhi arahan pihak berkuasa berhubung pengisytiharan cukai.

“Sekarang walaupun dah bayar cukai kemudian disahkan, tapi (selepas itu) kena isytihar harta pula. Kalau tidak buat, nanti kena penjara atau penjara.

“Saya tidak tahulah kalau tidak ditafsir sebagai salah guna kuasa. Walaupun undang undang tidak sebut berapa tahun ke belakang, tetapi orang ini dah bayar cukai sepanjang tahun selama berniaga.

“Tidak tahulah sekarang ini, kalau kaya sikit kena bagi maklumat kepada kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kerajaan Perpaduan untuk membanteras rasuah khususnya menerusi agenda dan kempen memerangi amalan tersebut.

Menurut Dr. Mahathir, tindakan itu hanya membabitkan orang tertentu sahaja khususnya dalam kalangan ahli politik.

“Yang kena orang politik. Tapi orang bukan politik dia (kerajaan) boleh buat. Bukan lawan pun boleh buat, tapi setakat ini musuh politik sahajalah,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×