Rakyat berjiwa merdeka tentukan pimpinan juga ada jiwa merdeka

Rakyat berjiwa merdeka tentukan pimpinan juga ada jiwa merdeka – Sanusi

sanusi
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kemerdekaan bukan sekadar retorik atau semata-mata pengkisahan semula peristiwa yang pernah ada dalam lembaran sejarah.

Katanya, kemerdekaan juga bukan semata-mata membawa maksud bebas daripada penjajahan.

“Namun untuk mencapai tahap ‘Jiwa Merdeka’ yang seharusnya ada dalam diri setiap warganegara, makna kemerdekaan bukan sekadar perlu difahami malah dihayati,” katanya dalam perutusan ulang tahun Hari Kemerdekaan kali ke 67.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sesuai dengan sambutan kali ke 67 ini ujarnya, rakyat yang berjiwa merdeka perlu menentukan pimpinan negara juga mempunyai jiwa yang merdeka.

Beliau berkata, kemerdekaan sebenar ialah merdeka jiwa dan minda dengan kesedaran tinggi untuk memiliki jati diri kukuh serta teguh, di samping mempertahankan prinsip demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Keutuhan jati diri ini haruslah menerusi empat teras iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa. Jika tidak, sia-sialah kita melaung merdeka dan mengibarkan Jalur Gemilang sedangkan diri kita terus dijajah tanpa sedar,” tambahnya.

Menurut Sanusi, pemimpin yang menerajui serta mentadbir negeri mahupun negara, juga mestilah dari kalangan pemimpin berjiwa merdeka.

Katanya, pemimpin berjiwa merdeka sukar untuk tunduk kepada sebarang kuasa asing selain sentiasa memastikan setiap sendi serta undang-undang teguh dan hak warganya sentiasa dilindungi.

“Alhamdulillah, tahun ini Kedah raikan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan kali yang 67 dengan tema ‘Jiwa Merdeka’. Justeru kerajaan negeri yang ada kini akan berusaha memastikan rakyat sentiasa berasa selamat.

“Dan terjamin selama hidup di tanah air tanpa sebarang keraguan daripada segala bentuk ancaman terutama yang berkaitan dengan hak dan kebebasan” kata beliau lagi.

Oleh itu beliau mengajak bersama-samalah menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke 67 tahun ini dengan hati dan jiwa yang penuh rasa merdeka sebenarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini