KOTA KINABALU: Tindakan menolak cadangan menjadikan Muafakat Nasional (MN) sebagai parti politik mendorong kepada individu tertentu mengumumkan pembubaran MN Sabah.
Bagaimanapun, Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, MN Sabah tidak bubar kerana kerana jawatankuasa MN peringkat negeri dilantik oleh Pusat jadi gabungan itu tidak boleh dibubarkan oleh individu.
Maka, tidak perlu bimbang tentang isu MN di negeri ini kerana isu berkenaan akan selesai dalam tempoh 48 jam.
“Apa yang penting sekarang, timbalan pengerusi masih ada, naib-naib masih ada dan ahli jawatankuasa (AJK) masih ada. Jadi, saya mengambil sikap terbuka untuk bertemu dengan MN Sabah.
“Semalam telah disahkan timbalan dan naib-naib serta AJK mahu meneruskan MN jadi, MN Sabah berjalan macam biasa. Kalau ada beberapa individu ingin berundur, mungkin atas sebab tersendiri,” katanya semasa sidang akhbar Konvensyen Pas Sabah, hari ini.
Kata beliau, terdahulu Pengerusi MN Sabah, Jismit Japong menghantar minit mesyuarat kepadanya pada dua minggu lepas tentang cadangan menjadikan MN sebagai Parti Muafakat Nasional.
“Dia dicadangkan sebagai Presiden. Dua minggu lepas kuat sekali kepercayaan dia kepada saya. Kemudian, dalam masa dua minggu tiba-tiba tidak percaya. Individu berkenaan juga isytiharkan dia ingin menjadi Ketua Menteri Sabah.
“Jadi, saya bimbang, pilihan raya pun belum, pengerusi penaja MN Sabah mengisytiharkan mahu menjadi Ketua Menteri Sabah. Jadi, saya tersepit di situ. Saya dalam parti Pas, Pas pun tidak isytihar siapa mahu jadi Ketua Menteri, tiba-tiba Pengerusi MN Sabah pula mahu jadi Ketua Menteri.
“Kalau dia nak jadi Ketua Menteri..terima kasihlah dia lepaskan jawatan dalam MN supaya MN boleh berjalan mengikut dasarnya. Siapa yang nak berpolitik masuk parti, MN biarlah kekal sebagai badan NGO,” katanya.umkan pembubaran MN Sabah selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Annuar. – UTUSAN
Ends.
010924-Sbh-annuarMN
ANNUAR Musa (kanan) bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semasa majlis perasmian Konvensyen Pas Sabah, di Hotel Raia Kota Kinabalu hari ini.










